Tuesday, January 5, 2010
Pengenalan

Pengetahuan asas bagi persediaan berumahtangga amat mustahak dan perlulah dipelajari sebelum seseorang melangkah ke alam perkahwinan. Persediaan yang secukupnya amatlah penting kerana melayari alam berumahtanga bukanlah perkara mudah lebih-lebih lagi di zaman penuh pancaroba ini.
Sehubungan dengan itu, setiap insan perlu mendapat pengetahuan secukupnya serta mendapat bimbingan dan tunjuk ajar daripada pihak yang lebih mengetahui dan arif sebelum mendirikan rumah tangga. Oleh yang demikian, ilmu tentang perkahwinan diharap akan menjadi panduan serta dapat membantu seseorang individu muslim melayari kehidupan sebagai suami isteri dengan lebih bahagia, rukun dan damai serta diredhai oleh Allah.
Justeru, Balai Islam Kolej Kediaman Ibnu Sina (KK6) mengambil inisiatif untuk menganjurkan Kursus Pra Perkahwinan bertujuan untuk membimbing dan memberi ilmu pengetahuan khususnya kepada insan-insan yang bakal mendirikan rumahtangga. Menerusi kursus yang dijalankan ini, ia dapat memberikan asas yang cukup buat mereka dalam menempuh liku-liku kehidupan setelah berkahwin. Selain itu, kursus ini juga diharapkan dapat memberi pendedahan mengenai tanggungjawab sebenar dalam kehidupan berumahtangga dan berkeluarga.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Hubungi Kami
Jika anda mempunyai sebarang masalah & pertanyaan, sila hubungi atau sms kami ditalian:-
-Khairuddin - 019 6347975
-Yana - 013 6280230
-Hilmi - 019 5543483
-Khairuddin - 019 6347975
-Yana - 013 6280230
-Hilmi - 019 5543483
0 comments:
Post a Comment